Thursday, August 13, 2015

#ErisRaissa

The last and only post of my pregnancy is on Aug 12, 2014 (it has been a year!!! Gosh). Hence, here I am to continue writing on beautiful motherhood’s journey. :)

REZEKI

Semasa post SyuHanith Jr. dikemaskini, hubs and I are still in LDM. Tapi sepertimana selalu diperkatakan "anak itu rezeki", melalui anak yang dikandung juga kami diberi rezeki untuk tinggal bersama di bawah satu bumbung selepas hampir 2 tahun berjauhan.

Tawaran daripada ex-boss di tempat kerja lama yang minta dihantar resume kepadanya dipandang mudah pada awalnya. Setelah diminta untuk menghantar resume kali kedua melalui e-mel, saya menurut tanpa meletak sebarang harapan.

Siapa sangka saya dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga.

3 sesi diatur bagi temuduga itu dan saya dijadualkan pada sesi terakhir. Kehadiran seramai 10 orang calon (termasuk saya) memerlukan kami menjalani dua peringkat ujian iaitu; 1 - ujian menulis , 2 - temuduga bersama 2 orang pegawai tertinggi; Ketua Pengarah dan Ketua bahagian tersebut.

Untuk rekod, kandungan saya berusia 4 bulan sewaktu menghadiri temuduga berkenaan dan tawaran kerja diterima selepas 3 bulan.

Sungguh, siapa sangka. Out of 30 candidates only 3 have been selected; me and another two girls.

Alhamdulillah. Rezeki Eris Raissa.

CABARAN / DUGAAN
#1
Sepanjang mengandungkan Eris Raissa, saya cuma mengalami morning sickness pada 4 bulan pertama sahaja. Pada bulan-bulan berikutnya tiada kesukaran, keinginan (mengidam) atau kesakitan yang menjadi beban pada saya. Cuma di hujung-hujung kehamilan terjadi beberapa insiden yang tidak dijangka.

Pada minggu 37 semasa menghadiri pemeriksaan rutin ibu mengandung, doktor mengesan kekurangan air ketuban. Saya diberi masa seminggu untuk kembali diperiksa. Jika air ketuban masih sedikit, saya perlu dipaksa bersalin kerana bimbang akan keselamatan bayi.

Saya ada bertanya pada doktor, ada atau tidak kemungkinan air ketuban akan bertambah kembali.

Doktor jawab, ada. Tapi sukar dan jarang berlaku.

Jadi, sepanjang seminggu tersebut ahli keluarga, suami dan saya memang telah bersedia emosi, mental dan fizikal menghadapi kemungkinan saya akan bersalin lebih awal dari jangkaan tarikh yang diberi.

Pada masa yang sama, mama, suami dan saya turut ikhtiar mencuba beberapa cara untuk menambah air ketuban saya antaranya; minum air kelapa secara konsisten setiap hari.

Kuasa Allah s.w.t, siapa sangka jumlah air ketuban yang kritikal (terlalu sedikit) boleh bertambah dalam masa seminggu.

Alhamdulillah, saya selamat daripada dipaksa bersalin. :D

#2
10 hari sebelum saya melahirkan Eris Raissa, saya terkena shingles (kayap).

Mula terjadi dalam mata. Saya terasa seperti ada benda dalam mata. Setelah pergi ke klinik, doktor cakap saya sakit mata dan diberi ubat titis mata.

Makin merah mata, saya pergi hospital. Sama, doktor cakap saya sakit mata dan tompok-tompok merah kecil yang mula kelihatan pada kening dan dahi adalah kerana allergic pada ubat titis mata yang awal diberi kerana mengandungi antibiotik.

Saya ada cakap pada doktor, mata saya tidak terasa sakit sebaliknya saya terasa kepala yang berdenyut sakit. Menolak kemungkinan ianya symptom kayap, doktor tegas kata saya sakit mata. Mata saya dicuci dan kemudian diberi ubat titis mata tanpa antibiotik. Sigh.

Malam tu, sakit semakin menjadi. Kepala dan mata berdenyut sakit seakan setiap urat mata dan dalam kepala disiat-siat pisau. Pedih yang tak dapat ditahan dari keluar air mata.

Malam tu juga, suami, mama dan saya pulang ke kampung untuk mencuba perubatan tradisional.

Bermacam cara, petua diikut, Alhamdulillah semakin berkurang.

Sehingga melahirkan Eris Raissa, mata masih merah dan dahi masih berbekas parut kering dari luka kayap.

Eris Raissa ditahan di wad selama 5 hari untuk diperiksa sama ada jangkitan kayap terkena pada dia atau tidak.

Alhamdulillah, Eris Raissa sihat tanpa sebarang jangkitan kayap. :)

PERSEDIAAN

Selain daripada melakukan persediaan wajib menyambut kedatangan bayi i.e.: membeli pakaian, menyediakan barang keperluan bayi, etc., saya turut menyiapkan diri dengan ilmu dan mencuba beberapa nasihat dan tips untuk memudahkan proses melahirkan anak nanti. Terutama sekali ini merupakan pengalaman kelahiran pertama saya.

Pengambilan VCO 
VCO (virgin coconut oil) atau minyak kelapa dara merupakan amalan yang telah dipraktikan dari zaman dahulu lagi. Saya beruntung kerana Mama terlebih dahulu mencari dan membekalkan beberapa minyak kelapa dara yang dibuat sendiri daripada individu-individu tertentu termasuk membeli dari kedai.

Semoleknya amalan meminum minyak kelapa dara ini dimulakan apabila kandungan telah mencecah 7 bulan dengan mengikut kuantiti seperti yang disarankan.

Saya mendisiplinkan diri untuk mengambil satu sudu besar setiap malam semasa kandungan berusia 7 bulan dan apabila meningkat usia kandungan ke 8 bulan, saya mula mengambil 2 sudu besar setiap kali sebelum tidur.

Selain daripada minum, saya juga mengguna minyak tersebut untuk disapu di perut secara vertical (dari dada turun ke bawah) setiap kali sebelum tidur.

Perineal Massage
Berkongsi pengalaman, kawan sekerja menyarankan supaya mengamalkan urutan perineal ini dengan bantuan suami yang juga boleh dilakukan sendiri.

Tetapi berdasarkan pengalaman, agak sukar untuk melakukan sendiri kerana saiz perut yang besar menghalang pandangan secara terperinci jadi, saya meminta bantuan suami untuk melakukan urutan ini sewaktu kandungan berusia 8 bulan yang juga dilakukan setiap kali sebelum tidur (tapi tidak konsisten) - cukup jika dapat dilakukan seminggu 2 @ 3 kali.

Antenatal Class
Kelas antenatal yang turut diperkenalkan oleh rakan sekerja amat membantu bagi setiap ibu yang mengandung pertama kali. Banyak kelebihan dan manfaat dapat diperolehi dalam kelas ini bagi membantu ibu (termasuk suami) menangani rasa cemas dan gentar menghadapi saat-saat melahirkan bayi.

Saya mendapat sokongan suami untuk turut serta menghadiri kelas ini dan sama-sama belajar mengenai teknik-teknik penting seperti cara pernafasan ketika mengalami contraction dan semasa ingin meneran, kedudukan / posisi badan yang betul semasa melahirkan anak dan sebagainya.

Bagi suami yang merancang untuk menemani isteri dalam bilik bersalin, kelas ini akan membantu anda untuk mengingatkan si isteri kembali tentang teknik penting yang telah dipelajari selain memberi sokongan moral kepada isteri.

MOMEN MANIS
Setiap bakal ibu akan mengalami pengalaman berbeza melahirkan anak walaupun berkongsi tanda-tanda akhir akan bersalin yang sama.

Darah
Tanda pertama yang saya alami adalah keluar darah dari vagina secara konsisten 5 hari sebelum melahirkan Eris Raissa. Namun, tiada rasa sakit mahupun braxton hicks yang dialami pada 3 hari awal darah keluar.

Sejurus mendapati ada darah keluar, keluarga dan suami terus membawa saya ke hospital untuk melakukan pemeriksaan. Dan saat itu, laluan baru terbuka 1cm.

Walaubagaimanapun, saya ditahan untuk diperiksa sama ada virus kayap menjangkiti bayi dalam kandungan atau tidak.

Semalaman di hospital, selepas dijamin tiada jangkitan, saya dibenarkan pulang.

Braxton Hicks
Braxton hicks atau kontraksi palsu mula terasa 2 hari sebelum melahirkan Eris Raissa. Sakit yang terasa dalam sejam sekali membawa saya sekali lagi ke hospital untuk diperiksa.

Setelah mengambil denyut jantung bayi dan melakukan pemeriksaan, doktor memaklumkan laluan baru terbuka 2cm namun kepala bayi sudah engaged (masuk ke dalam rongga pelvis). Diberi pilihan sama ada ingin ditahan di wad atau pulang, saya memilih untuk pulang ke rumah.

Sakit Tulang Belakang dan Pinggul

Saya mula terasa sakit tulang belakang dan pinggul dengan perbezaan waktu 30 minit sekali, sehari sebelum melahirkan Eris Raissa.

Menolak cadangan ahli keluarga untuk ke hospital lagi atas sebab merasakan diri masih lagi mampu menahan sakit dan tidak mahu di tahan di wad dalam tempoh yang lama, saya mengambil keputusan untuk bertahan selama yang boleh selagi mampu.

Tidak sanggup melihat keadaan saya menahan sakit, mama dan ibu mertua memanggil bidan kampung sekadar untuk mendapat nasihat secara tradisional.

Sama seperti doktor, mak bidan turut berkata kepala bayi kini dalam posisi yang betul namun sedikit menyerong ke kanan yang menyebabkan saya rasa sakit dan menyukarkan bayi untuk keluar.

Mak bidan hanya mengurut perut bagi membetulkan kedudukan bayi semula.


Contraction
Setelah mak bidan mengurut perut, saya sudah mula rasakan sakit contraction yang berlaku 15 minit sekali.


Kronologi (secara kasar):

10.30 malam - Mak bidan mengurut perut

12.30 tgh/malam - Contraction mula terjadi 15 minit sekali

3.30 pagi - Saya mengejutkan suami dari tidur untuk membawa saya ke hospital

4.00 pagi - Tiba di hospital dan melakukan pemeriksaan; Laluan terbuka 3cm

4.40 pagi - Laluan terbuka 4cm.

5.00 pagi - Ditolak masuk ke bilik bersalin. **Doktor menjangkakan saya hanya akan bersalin 7-8 jam lagi.

5.30 pagi - Nurse offer gas entonox untuk disedut bagi mengurangkan rasa sakit contraction. Melalui pendedahan awal yang dipelajari semasa mengikuti kelas antenatal, saya sedia maklum mengenai penggunaan gas tersebut dengan menggunakan teknik yang betul. Alhamdulillah, sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan rasa sakit contraction.

6.30 pagi - Doktor memeriksa laluan yang sudah terbuka 6cm.

Tidak lama setelah doktor memecahkan air ketuban saya mula terasa seperti ingin membuang air besar.

Dan bila doktor kembali periksa laluan, ia sudah terbukan 8cm.

Benar, sakit contraction tidak dapat digambarkan. Suami yang setia menemani disisi sebak melihat keadaan saya menahan sakit dalam keadaan mengiring dan membengkok.

Namun, sejujurnya sakit disaat melahirkan Eris Raissa tidak sesakit contraction.

Saya dapat merasakan Eris Raissa sama berusaha menendang untuk keluar dan ia memudahkan proses melahirkannya yang hanya terasa seperti meneran air besar.

Berbeza dengan kawan-kawan yang berkongsi pengalaman yang mengatakan mereka tidak merasa sakit walaupun saat digunting (episiotomy) kerana lebih terasa sakit untuk melahirkan anak, saya pula sebaliknya. Allah s.w.t memudahkan proses melahirkan Eris Raissa dengan memberi nikmat sakit yang mampu ditahan justeru, kesakitan saat digunting tu lebih terasa.

7.33 pagi - Eris Raissa seberat 3.4 kg selamat dilahirkan secara normal tanpa pengambilan epidural seperti mana yang saya niatkan sewaktu mengandung dulu. Ingin merasa sendiri bagaimana rasa sakit melahirkan anak tanpa bantuan ubat-ubatan lain. Nikmat itu, Allah s.w.t saja yang tahu. Sakit tetapi sangat berharga.

Saat doktor meletakkan Eris Raissa dipangkuan, Eris masih lagi menangis tetapi berhenti setelah memandang saya. Indahnya perasaan tu sukar ditafsirkan. Dan kata-kata pertama saya kepadanya adalah, "Good job sayang." -- kerana dia, teammate yang kuat dan setia berjuang bersama saya. My little angel Eris Raissa.

Eris Raissa dilahirkan pada 13 Feb 2015
*2 hari lebih awal dari tarikh jangkaan - 15 Feb 2015


p/s: Selain daripada mencuba tips yang dikongsi, doa daripada ibu, ayah dan suami amat memainkan peranan bagi melancarkan proses melahirkan anak disamping mengamalkan membaca doa-doa berkaitan antaranya;
 لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ.  In sha Allah, mungkin membantu ;)



Index

  1. Eris - Nur / Cahaya
  2. Raissa - Keimanan / Ketaqwaan

Tuesday, August 12, 2014

SyuHanith Jr.


Oh yes, we are expecting our first child!! 
YAY!!!
Alhamdulillah.. ;)
After almost a year we got married, we finally have good news to share with everyone that have been patiently waited this from us.

Honestly, from our part, we are not rushing. In fact, me, myself sebelum kahwin or even met my husband, I always wanted one year honeymoon before having a baby. Skali, memang tuhan bagi lepas setahun kahwin. So, be careful what you wish for. hehe.

Both of us, are always being optimistic either before or after knowing this good news. Sebelum dapat anak, yes, few people (mak cik-mak cik la slalunya) ada juga bertanya but we keep smiling and saying that, "ada rezeki, ada la.." After all, what else can we say? And I always told them that we're in LDM so perhaps, Allah Maha Mengetahui that we might not ready or our financial stability ain't enough to expand our family or perhaps Allah knows that I don't have such capability to support and bear mom's responsibility while husband's staying far from me. Allahu a'lam..

And of course, after knowing this good news, we (husband especially) were thrilled that I believe he's definitely been waiting for this! hahaha. So, I guess it just me who wants it after one year marriage. ngeee~

My first scan during 7 weeks of pregnancy
Before I knew that I'm pregnant, I'm kinda had weird symptom like taste of milk on every foods or drinks that I consume. But I didn't suspect anything even my breast have been sore, swollen and growing since I also had regular cramping just like before my period.

Then I realized that my period was late almost 2 weeks which was not normal cos my periods had always been very regular. Instead of thinking the potential of getting pregnant, I was worried that I might had some serious abdominal pain. So I talked and shared with my colleagues all the symptoms that I am experiencing. Surprisingly, they said I am probably pregnant!

I don't want to get my hopes up so, I bought home pregnancy test kit just to get a definite answer. And yes, I obtained a positive result yet I didn't really feel excited because I was worried it could be wrong pregnancy test result. Well maybe, I did the test alone which I don't want to share with husband via Skype or sending the image through WhatsApp. So, I've decided to keep it shut until my next meeting with husband and do another test and show to him direct to his face. hah!

I did my second pregnancy test when I met my husband in the following week. Yes, the result was still the same - it showed that I am 3 weeks + pregnant! But this time, I am absolutely delighted to see my husband on cloud nine when I showed him the result. =)) Alhamdulillah..

Now, I am still in first trimester of pregnancy which everybody knows that this is a period of major development and crucial stage for every mom-to-be to keep the baby safe and healthy.

I know it's normal to have some nausea and vomiting during first trimester and most pregnant women go through that. However, I'm kinda have bad NVP and morning sickness malaise (which, unfortunately, doesn't just strike in the morning!) that I found myself hard to go to work and being ridiculously tired! Sometimes I have insomnia, leg cramps, backaches and lots of gas and burping. VERY attractive.

But it's such a relief to know that NVP ain't necessarily a bad thing cos some experts think that the queasier you are, the less likely you are to miscarry or deliver prematurely. At the end, all I want is to keep the baby as safe and healthy as possible. Ameen..

Wednesday, August 6, 2014

SyuHanith Road Trip

Gaining experience in current department by arranging FAM Trip gives me intact credibility of organizing a trip. Hence, Incik Pensyarah keeps his hands off it by letting me handle our road trip from A to Z. Well, especially in hotel selection and booking because I am way fussier than you could imagine. 

Even we only go for a budget hotel but still, the hotel cleanliness, particularly their toilet/washroom is my biggest concern. Therefore, I always spend some time to do my research reading the reviews of the hotel apart from looking their pictures of room and other facilities. Those hotels without clear and proper pictures of their room and all; are definitely not taken into account. 

We had few trips after married but we never have time to go for a honeymoon. Sedih kan? Technically because of me, that I just started working so, I am not eligible to apply for a long leave. And our previous trips in Penang and Cameron Highlands are only weekend getaways. Lame. Lame. Lame. 

Alhamdulillah, after almost a year working with L***, I finally had a chance to apply leave for a week and road trip is totally a great idea to spend quality time together. ;)

Where we headed to
My plane touched down in LCCT (back then in April 2014) in the evening so, we stayed at the YouniQ Hotel in Sepang that I've made a booking earlier. It is a budget hotel where you could get the best price by online booking in Agoda or Booking as compared to walk-in.

Incik Pensyarah in the YouniQ Hotel lobby
Yes, the hotel is quite far from the airport but the decoration and uniqueness of the hotel has definitely caught my attention. Yelah, kalau nak dibandingkan dengan Tune Hotel and others yang lagi dekat dgn airport, YouniQ Hotel is waaaaaaayyy better than them! hehe

Our road trip started in the next morning where we were headed to Melaka!! 


In Melaka, we stayed in Euro Rich Hotel - Another gorgeous and spectacular budget hotel!! You may check-out their website kalau tak percaya. ;)

Kami sampai di Melaka sekitar Zohor dah nak masuk Asar cm gitue. So, petang tu lepas check-in, kami rest sampai Maghrib baru keluar cari makan. Malam tu, masa tengah memusing cari kedai makan disamping mengemaskini status di Twitter, one of my blogger friends, Ain WhatsApp-ed me tanya betul ke we're in Melaka cause she's in Melaka too!! Then, bila dah jumpa kedai makan terus share location dengan harapan impian jadi kenyataan dapat berjumpa untuk kali ke-2!! 

Ada rezeki, Alhamdulillah, dapat jugak jumpa si puteri ni bersama tunangnya. Bersembang ala long-lost-sister gitue. Padahal baru dua kali je kami berjumpa face-to-face. Tapi that's the beauty of online-friendship la kalau kita betul guna untuk tujuan yang baik. Dapat mengembang dan mengikat tali persaudaraan lagi. Acewah! =p


For dinner, of course la kami hit kedai makan famous kt Melaka tu, tak lain tak bukan Pak Putra Tandoori & Naan Restaurant. Tell you what, tandoori dia memang TERBAEK!

Perut dah kenyang, mata pulak secerah sang suria sebab dah tidur sepetang jadi kami memusing la tengah-tengah Melaka. We just tried our luck g check River Cruise buka ke tak lagi memandangkan dah lewat malam. Tapi memang rezeki kami, diorang still operate lagi. Apalagi, terus melompat masuk bot la. And cruising Melaka river at night really gave us aesthetic pleasure.

The next day, we took our sweet time exploring Melaka without time-bound. We went to Dataran Pahlawan Megamall and Mahkota Parade for window shopping before off to Kota A'Famosa (oh, so cliche!) lol



Malam pulak we planned to go to Jonker Walk dulu then find a place for dinner. Tapi MasyaAllah.. Ramai betul orang.. Tak dapat cari parking so, we moved to Asam Pedas Claypot yang famous juga in Melaka. Surprisingly, kat situ pun ramai orang! Sampai terpaksa queue untuk dapat tempat makan. What an experience. Tapi nasib baik la memang sedap kan. So, tak kisah sgt. Settle makan baru la g balik kt Jonker Walk. Memang senang dapat parking and bila masuk orang pun tak berapa ramai sangat dah. Rupanya, diorang dah nak tutup. Patut la dah tak ramai orang. heh. -_-"  
Keesokannya, sebelum gerak g Genting Highlands ktorang singgah minum Coconut Shake dulu. Perrrrgggh! Sedap sangat. Dah dapat coconut shake baru la senang hati sikit. hehe. Malam sampai di Genting Highland kami tidur di Tras Mutiara Hotel and it's in Bentong. Punya la nak cari hotel bajet kan sampai ke Bentong pergi nya.. Tak tau pula Bentong ngan Genting Highlands tu boleh tahan jauh juga. hahaha 

Check-out in the next day, terus shoot naik Genting Highlands then check-in dekat First World Hotel untuk one more night. So, dekat la sikit and senang for us lepas habis pusing Genting boleh terus balik bilik. Dekat kan. Takde la nk kena drive sampai ke Bentong. keke


Macam semua orang tahu, Genting Highlands sekarang (the outdoor theme park specifically) still under construction. So, tak banyak la activities yang kami boleh buat. Tapi for me, I don't really mind sebab our road trip ni pun lebih kepada relax and leisure punya trip. We just wanna spend more time together and indeed, we enjoyed our holiday!

Next morning lepas check-out, ktorang singgah KL dulu before balik Kedah. Alasannya, I nak singgah IKEA. LOL

Incik Pensyarah pun terpaksa la ikut je cakap I. Lepas dapat 2-3 perabot baru balik Kedah. Weeee!!!


So, that's basically our awesome road trip! My plan, we should go for a road trip around Malaysia dulu. Dah habis pusing satu Malaysia then we go outbound pulak. So far, dengan family memang dah habis pusing Malaysia. Oh wait, no, I belum sampai Sabah je lagi. Tapi with husband this is our third trip and we already covered; Penang, Cameron Highlands, Melaka, and Genting Highlands. Can’t wait for more road trips! 

xoxo 💋