Saturday, December 31, 2011

Hajat yang terlaksana

Sebagai seorang Muslim memang telah menjadi impian masing-masing untuk menunaikan haji.  Bukan sekadar impian tapi ia adalah rukun Islam yang kelima wajib ditunaikan bagi yang mampu. Mama Abah jugak tidak terlepas dari menunaikan haji tahun ini apabila telah dijemput sebagai tetamu ke rumah Allah s.w.t setelah hampir 3 tahun membuat rayuan berturut-turut. Alhamdulillah, aku tumpang bersyukur dan gembira.  Walau ada sedikit risau dan sedih mengenangkan akan berjauhan dengan mereka selama 44hari. 

Pada tiap kali ku berdoa agar dijaga keselamatan dan kesihatan mereka disana. Lega rasa hati bila Mama Abah telefon menyampai khabar berita dari sana.  Sungguh, tiada yang lebih menggembirakan dari itu. Pernah hati rindu sehingga menitis airmata.  Pernah hati risau sehingga tidak tidur malam. Tapi kuasa Allah s.w.t itu Maha Besar, Dia Maha Mendengar.. Disetiap kali aku teringat Mama Abah, dikala itu juga mereka akan telefon bertanya khabar. MasyaAllah.. Hiba hati bila Allah s.w.t. sentiasa makbulkan doa dan mendengar rintihan hati kecil ini.

Alhamdulillah, Mama Abah selamat pergi dan pulang. Sepertimana sebelum pergi Mama Abah peluk ciumku erat, seperti itu diketika menyambut mereka pulang aku dipeluk dan dicium Mama Abah. Menitis airmata lagi bila Allah s.w.t menghantar mereka pulang dengan selamat. Syukur. 

Kini, sudah hampir 3 minggu Abah Mama pulang dengan gelaran baru, Haji Jamaludin dan Hajjah Soleha.

Welcome home, Mama Abah. 
=))





video


p/s: Cantik tak Mama saya? =DD


4 comments:

  1. alhamdulillah, sayang!
    dah lepas untuk your parent.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. tgu turn sndri pulak skarg.. hee~ =DD

    ReplyDelete
  3. pacik dean looks totally different from d past..skli lagik aq tkejutz.. ^^!

    ReplyDelete
  4. hehe.. is it? well, he's actually losing some weight when he juz arrived here.. but now, he has gained some. =)

    ReplyDelete