Friday, December 30, 2011

Bicara Hati

Bila diri ini dihina, aku tunduk tersenyum walau hati pedih..

Bila diri ini dikeji, aku pejam mata biar tidak jatuh airmata ini..

Bila diri ini difitnah, aku pekakkan telinga supaya hati tak berkecai..

Bila diri ini diumpat, aku redha kerana percaya Allah lebih mengetahui..

Tiada rahsia bagaimana aku kekal kuat dan tabah walau hati sentiasa diuji, dilukai, diherdik, dimainkan..

Cuma airmata ini tidak akan jatuh atau dikongsi dengan yang tidak layak.

Itu janji pada diri ku sendiri.

Airmata ini cuma jatuh pabila aku sujud padaNya..

Airmata ini mengalir tanpa henti bila aku berdoa padaNya..

Airmata ini terlalu murah bila aku memohon padaNya..

Kerana aku percaya, Dia yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani..

Hati ini tenang bila berbicara denganNya..

Hati ini kembali kuat walau airmata kering ketika merayu..

Dan jika ada yang mengata aku tidak punya hati, aku tersenyum..

Aku tak peduli..

Aku tak terluka...

Kerana aku tahu, hati ini hanya Dia yang mengerti..


No comments:

Post a Comment